-Pemilihan dan Penyimpanan Makanan

MAKANAN SEGAR

  • merupakan makanan yang belum dimasak atau diproses.
  • contohnya ialah seperti sayur-sayuran, ikan dan daging.
  • makanan segar mudah rosak kerana kandungan air yang tinggi sesuai untuk pembiakan mikroorganisma.

MAKANAN KERING

  • merupakan makanan yang telah dikeringkan secara menjemur atau menggunakan haba panas.
  • contoh makanan kering ialah bijirin dan hasil bijirin, kekacang, rempah dan sayur-sayuran.
  • makanan kering dapat mengurangkan kandungan air dalam makanan supaya boleh disimpan lebih lama.
  • 

KLASIFIKASI DAN CONTOH MAKANAN

1. Makanan Segar

  • Sayur-sayuran – sayuran berdaun, bunga, jenis batang dan pucuk, jenis buah, jenis biji, jenis bebawang, jenis kacang, dan jenis akar dan ubi.
  • Ikan – isi putih ( bawal putih, senangin, jelawat, kurau, merah, kekek, parang), berminyak (bawal hitam, cencaru, kembung, tenggiri, tongsan, pari, terubuk, tongkol) dan karangan laut (udang, ketam, sotong, kerang, tiram, siput).
  • Daging-  daging putih (ayam, arnab,kambing biri-biri,lembu muda), daging merah (lembu, kerbau, kambing) dan ofal (ginjal, hati, jantung, lidah, peparu, usus, otak, ekor)

2. Makanan Kering

  • Bijirin (beras, gandum, barli, jagung, oat, rai, millet)
  • Hasil bijirin ( tepung beras, tepung gandum, tepung gandum guletin tinggi, tepung jagung)
  • Kekacang (kacang merah, soya, kuda, dal, hijau, tanah)
  • Rempah/haba (bunga lawang, kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, lada hitam, biji sawi, buah keras)
  • Sayur-sayuran (lobak, sawi, kum chum)

– Sayur-sayuran harus dipilh dengan teliti.  Semua sayur harus berwarna segar dan cerah, rangup, tiada tanda lebam, berbentuk elok dan bersih.

– Daging dan ofal hendaklah berbau segar, warnanya kemerahan, isinya pejal dan tidak banyak lemak.

– Ciri ikan dan karangan laut segar :

  • tiada bahagian yang tertanggal
  • bau segar
  • isi keras, tidak mengecut dan kering
  • insang berwarna merah
  • mata menonjol
  • sisik yang masih terlekat

– Makanan segar hendaklah disimpan dalam keadaan bersih supaya bakteria tidak boleh membiak.  Contohnya ikan dan daging hendaklah disimpan di bahagian sejuk beku di dalam peti sejuk.  Sayur-sayuran pula hendaklah disimpan di dalam tempat sayur di dalam peti sejuk.  Sayuran ubi hendaklah diletakkan jauh daripada makanan yang berbau kuat, di tempat yang sejuk, gelap dan kering.

  •       Makanan kering yang baru dan elok adalah berkeadaan kering , tidak berbau hapak, dan tidak berulat. 
  •       Semua makanan kering hendaklah disimpan di dalam bekas yang kedap udara.

 

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN MAKANAN SEGAR & KERING

JENIS MAKANAN KEBAIKAN KEBURUKAN
Makanan segar
  •       Banyak mengandungi   nutrient.
  •       Mudah disediakan.
  •       Mempunyai pelbagai tekstur dan warna yang menarik.
  •       Sayuran akan kehilangan nutrient jika disimpan lebih lama.
  •       Sayuran kelihatan kecut dan layu.
  •       Daging dan ikan disejukbekukan akan memakan masa untuk dinyahfros.
Makanan kering
  •       Boleh disimpan lama.
  •       Boleh diperoleh pada bila-bila masa.
  •       Boleh digunakan semasa makanan berkurangan.
  •       Perlu direndam atau direbus untuk melembutkannya.
  •       Tidak dapat membekalkan protein yang secukupnya.

Leave a comment