Bab 1 Makanan dan Pemakanan

MAKANAN

  • Merupakan salah satu keperluan asasi manusia.
  • Suatu bahan yang boleh dimakan dalam bentuk pepejal atau cecair.
  • Mempunyai ciri-ciri seperti bentuk, rupa, warna, bau, rasa dan tekstur yang berbeza.

PEMAKANAN

  • Ialah kajian yang berkaitan dengan pengambilan makanan untuk proses pertumbuhan, pemulihan, dan pengawalan kesihatan.
  • Nutrien, air, dan pelawas sangat penting dalam proses tersebut.
  1.          Nutrien
  • Komposisi kimia dalam makanan.
  • Terdapat lima kumpulan nutrien iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral
  • Peranan nutrien ialah untuk membekalkan haba dan tenaga, memelihara dan mengawal proses tubuh serta membina sel tubuh, tumbesaran dan juga pemulihan.

              a) Protein

  • Berfungsi untuk membina sel tubuh bagi tumbesaran, memulihkan sel yang rosak, membentuk sistem pertahanan, membantu dalam pengedaran oksigen dan nutrien serta membekalkan tenaga dan haba.
  • Contoh makanan yang mempunyai protein yang tinggi ialah ikan, kacang soya, kekacang, bijirin dan sebagainya.

             b) Karbohidrat

  • Fungsi utamanya adalah untuk membekalkan tenaga dan haba.  Selain itu, ia juga berfungsi untuk mengawal metabolisme lemak dan protein.
  • Penggunaan karbohidrat dalam penghasilan tenaga dapat menjimatkan penggunaan protein.

            c) Lemak

  • Fungsi lemak ialah dalam membekalkan tenaga dan haba.  Selain itu ia juga berfungsi untuk penebat dan mengawal suhu tubuh.
  • Lemak juga bertindak sebagai pelarut retinol, kalsiferol, tokoferol dan menadion.
  • Ia juga boleh membantu melindungi organ tubuh.

            d) Vitamin

  • Vitamin merupakan nutrien yang diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang kecil untuk mengawal kesihatan badan.
  • Vitamin bertindak sebagai pengawalan bagi metabolisme badan, memelihara pertumbuhan yang sihat, mengawal fungsi saraf, otot, dan sistem tubuh serta dapat mencegah penyakit.
  • Sumber vitamin ialah sayur-sayuran, buah-buahan, susu, telur dan pelbagai jenis daging.

          e) Garam Mineral

  • Garam mineral diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk memelihara kesihatan tubuh.
  • Garam mineral yang diperlukan melebihi 100mg sehari adalah jenis makro.
  • Ia merupakan sebahagian daripada komponen enzim dalam tubuh.

2. Air dan Pelawas

  • Air ialah bahan asas dalam semua bendalir tubuh.
  • Memainkan peranan penting dalam peredaran darah, pencernaan, pekumuhan dan pernafasan.
  • Pelawas ialah sejenis gantian polisakarida yang tidak dapat dicernakan atau diserap oleh tubuh.
  • Sumber pelawas terdiri daripada buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang.
  • Kekurangan air dan pelawas boleh mengakibatkan sembelit dan divertikula.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s